Sunday, 9 December 2012

Faktor - Faktor Jerawat Tumbuh


Jerawat selalunya menyerang golongan remaja. Tak terlepas juga orang dewasa. Masalah jerawat berlaku seawal peringkat remaja iaitu lingkungan 12 - 16. Jerawat yang tumbuh pada usia sekitar ini dipanggil sebagai acne vulgaris. Ia sering dikaitkan dengan ketidak stabilan hormon, keturunan, pemakanan, persekitaran, psikologi, pra-haid dan jangkitan bakteria. Malah saya sendiri pun mengalami masalah jerawat.

Oleh itu apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan daripada jerawat tumbuh?

1. Amalkan mencuci muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi (selepas bangun tidur) dan pada waktu malam (sebelum tidur). Pada masa2 yang lain, cukup hanya sekadar membilas muka dengan air bersih.

2. Elakkan daripada menggunakan pelembab atau alatan kosmetik yang berasaskan minyak.

3. Amalkan cara pemakanan yang seimbang. Minum lapan gelas air masak sehari dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Sentiasa bersenam supaya berpeluh dan dapatkan rehat secukupnya.

5. Jangan sentuh, picit, atau pecahkan jerawat kerana ia boleh meninggalkan parut yang mendalam( yang ni memang tak boleh tahan).

6. Berhenti daripada menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat jika keadaan muka bertambah teruk.

7. Jika masalah jerawat anda bertambah kronik, rujuk kepada pakar kulit atau hospital berdekatan.

No comments:

Post a Comment