Sunday 30 December 2012

Last Update 2012

Assalamualaikum....Dear readers semua, hari ni sememangnya last day cuti hujung tahun dan esok kita akan akan meninggalkan tahun 2012 dan mengalu-alukan kedatangan 2013. Esok semestinya aku dah start bersekolah dan segala bagai kepenatan akan bermula. Mungkin tak akan ada kesempatan kot untuk update blog. Kalau sempat pun hujung minggu.

(Gambar Songlap dari Mr. Google)
Esok aku akan start belajar di tingkatan empat. Apa??? Tingkatan 4??? Tua benar dah nampaknya aku ni. Belajar di aliran sains!! Hmmm.... bunyi nye macam best... tapi macam tak best... Nak tanya lah pendapat korang semua ni?? Berbaloi ke masuk aliran sains ni?? Ikutkan cikgu aku, dia cakap masa depan akan cerah kalau masuk aliran sains. Cerah?? ye ke??? Tu kalau SPM dapat result yang elok. Kalau SPM fail, gelap jugak masa depannya. Kalau awal-awal tahun boleh la bagitau kat cikgu nak tukar aliran lain. Kalau dah dekat pertengahan tahun nak mintak tukar aliran memang tak dapat lah kan. Mana ada kesempatan nak kejar balik benda yang kita dah ketinggalan. Kalau boleh aku taknak masuk mana-mana aliran pun. Tak payah pergi sekolah. Duduk rumah je...mana boleh kan?? Nanti sama lah aku macam lembu yang duk makan rumput tu.

Cuma blog ni, dok pikir-pikir...sempat ke nak update bila dah sekolah nanti... Haishhh...malas nya pergi sekolah. Kalau ada orang tanya "Kenapa malas pergi sekolah?? Tak rindu ke kat kawan-kawan??" Memang la rindu kat kawan-kawan, TAPI!!!! Tak rindu pun dengan homework semua tu... Dan akhir kata.... rasa nak nangis pun adasebab ni lah entri yang paling panjang pernah aku tulis....maksud aku lebih panjang lah daripada kebiasaannya..... Last Update 2012!!!! Happy New Year!!! 2013 is coming bringing you luck!!! :)

Tragedi-tragedi Buruk Di Malaysia

Hi korang semua, hari ni nak cerita sikit pasal tragedi-tragedi buruk yang pernah berlaku di Malaysia. Harini cuma nak mengimbas kembali  apa yang berlaku di Malaysia.
1. Tragedi Highland Towers



Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Highland Tower terdiri daripada 3 buah bangunan. Pada 11 Mac 1993(Aku  belum lahir lagi), Salah satu bangunan Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang menjadi mangsa korban. Berikutan itu, 2 lagi blok di kosongkan sejurus kejadian itu dan masih berdiri teguh. Kejadian ni dicatatkan sebagai sejarah paling buruk di dalam industri pembinaan di Malaysia. Kini, Highland tower dikatakan berhantu selepas kejadian itu.

2. Sani Ekspress Accident


Kejadian ini berlaku yang berlaku pada tanggal 27 Disember 2009.  Bas tersebut dari Klang yang menuju ke Kangar dipercayai di pandu laju sebelum hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.  Seramai 9 orang terbunuh dalam kejadian tersebut. Kemalangan ini dicatatkan sebagai sejarah terburuk dalam pengangkutan awam di Malaysia.
3. Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa


Runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa menyebabkan beberapa orang terkorban dan tertimbus di dalam runtuhan tersebut. Aku tak ada info sangat pasal benda ni, jadi tulis gitu-gitu jelah. Tragedi yang berlaku pada 2011. Bukit antarabangsa sememangnya dipenuhi rumah-rumah orang kaya. Menjadi kebiasaan untuk orang kaya untuk memilih rumah di atas/tepi bukit.

Saturday 29 December 2012

Oh My BeLoG!!!

Hi guys, harini takde idea nak tulis entri panjang-panjang dan menarik jadinya harini nak membebel pasal blog sendiri je lah. Korang mungkin ada perasan dengan sedikit kecacatan blog aku ni. Cuba tengok dekat Header tu. 


Entah macam mana boleh jadi separuh macam tu tulisan. Sepatutnya dia tertulis 'Just A Simple Blog". 

Dan sememangnya hobi aku untuk bertandang ke blog orang sewaktu masa lapang. Mulalah aku jealous dengan blog orang yang jauh lebih cantik. Di mata kita barang orang semua nampak lebih cantik dari kita punya. Oleh itu, aku buat keputusan untuk tukar template....tadaa...kali ni lebih colourful daripada yang sebelumnya.
Colourful dan semestinya kemas. Sebelum ni warna blog aku ni full dengan hitam je. Macam blackmetal. Lagipun guna warna hitam macam takde Nur(cahaya) di blog aku. Nur??? hahahaha....

Oppp....nak bagitau korang sikit ni. Masa blogwalking haritu terjumpa satu blog yang awesome ni. Nama blog dia Blog Budak Bulat. Blog ni macam novel. Semuanya pasal diri dia sendiri. Best baca dan kadang-kadang tergelak sendiri walaupun takde benda yang lucu. Respect la. Mungkin suatu hari nanti boleh jadi novelis yang terkenal.

P/S: Kalau korang bosan baca entri ni sorry la sebab takde idea....

Wednesday 26 December 2012

Public VS Rumah

Semalam tak berkesempatan nak update blog sebab sibuk sangat(sibuk ke malas). Hari ni baru ada kesempatan nak update blog. Harini nak bercakap sikit perihal tandas a.k.a dalam bahasa sopannya jamban(Tajuk harini agak kurang sopan sikit). Tandas ni sememangnya penting la dalam hidup kita ni. Kalau takde tandas ni agak-agak kat mana la kita buat 'bisnes' tu. Sebab tu la penting. Tapi kali ni nak mempersoalkan/membandingkan tandas awam dengan tandas kat rumah kita sendiri.
(Tandas awam)

Pertama sekali, sebelum nak bahaskan pasal tandas ni aku nak tanya la korang dulu. Kalau korang prefer tandas awam ke tandas kat rumah??? Kalau aku sanggup tahan sampai rumah daripada guna tandas awam. Kalau dah terdesak sangat terpaksa lah guna tandas awam. Bagi aku, walau sebersih mana pun tandas awam, lebih selesa kalau guna tandas kat rumah kita sendiri. Kalau tandas kotor lagi la taknak guna. Korang tak rasa ke macam ada orang intai kalau guna tandas awam. Memang langsung tak private kalau guna tandas awam. Rasa macam ada je orang yang memerhati kita. Tapi sekarang ni lagi bahaya. Siap ada orang letak kamera lagi nak rakam orang yang tengah.....(faham-faham je la). Berhati-hati lah kalau nak guna tandas awam kat luar sana tu. Kalau guna tandas kat rumah tu memang lebih selesa dan lebih private. Cuba korang bayangkan masa nak guna tandas awam masuk je dalam tandas ada korang tengok dalam mangkuk tandas ada "bahan" yang ditinggalkan oleh manusia-manusia tak bertanggunjawab ni. Betapa meloyakan, cukuplah  untuk membuat aku muntah hijau. Memang mangkuk lah manusia-manusia macam ni. Jadi korang fikir-fikirkan lah yang mana korang lebih suka.

Tuesday 25 December 2012

Tahun 2012 Dah Nak Berakhir

Tahun 2012 dah nak berakhir dan korang tau ke apa maksudnya???? Tak tahu ke??? Kesian....maksudnya dah nak masuk tahun 2013 la. Tu pun tak tau ke??? Dan yang paling teruk sekolah dah nak buka. Itulah perkara yang paling mengerikan dalam hidup aku. Tak dapat bayangkan kepenatan seharian pergi ke sekolah. Huaa....malas pegi sekolah. Tapi apakan daya, kena pegi juga. Kekadang dengar je perkataan "sekolah" ni memang berdarah telinga aku. Macam alergik dengan perkataan tu. Dan sempena musim banjir belah pantai timur ni, nak tau apa yang aku harapkan??? Aku harap sekolah aku dibanjiri air...puhhh kiri...puhhh kanan....tiup...kiri...tiup....kanan. Tak payah la aku pegi sekolah nanti...huhuhu....

(Genius)

Dan tahun depan totally aku akan berusia 16 tahun....iaitu tingkatan empat....(dah tua bangka dah pun). Oh S#*t!!!! Nampaknya tak boleh la aku nak bangun lewat hari-hari dan terpaksa bangun awal... ngee..sengal. N then do you want to know apa yang lebih menyakitkan hati??? I know you curious.... tak payah bagitau.... My stupid netbook tiba-tiba ter"off" dengan sendiri masa tulis entri ni. Nasib baik dah save kalau tak berpuluh kali juta billion ganda penat aku nak fikir balik apa yang aku tulis. Kalau tak maut netbook ni aku kerjakan.


Well that's the end for this time, malas nak tulis panjang-panjang. Ingat aku ni mesin ke nak tulis banyak-banyak. Ingat senang ke nak tulis entri panjang untuk remaja taraf aku ni??? GTG now...Assalamualaikum..Bye....



Monday 24 December 2012

Wak Gelas 1st Giveaway:Secondhand Ipod


Woot...harini rasa nak join pulak giveaway yang diadakan oleh Wak Gelas. Bestnye lah kalau dapat Ipod tu. Almaklum lah, ni first time masuk giveaway macam ni. Selalunya kalau aku masuk je apa-apa pertandingan, kalau nak menang tu memang haram jadah la. Hope kali ni nasib aku la. Kalau tak dapat pun takpe....bukan rezeki...nak buat camne kan. Tekan banner kat atas tu okay.... :)


Ustaz Azhar Idrus Menjawab Persoalan

Saya pun tidak faham kenapa tidak boleh sebab saya pun selalu mengucapkan selamat hari natal kepada penganut agama kristian di facebook. Memang saya rasa mengucap selamat hari natal ni hanya sekadar ucapan untuk mereka dan bukannya untuk diri kita.  Cuba fikir secara logik, jika penganut agama lain mengucapkan selamat hari raya kepada kita. Adakah ucapan selamat hari raya tu sama dengan mengucap dua kalimah syahadah???? Pelik yang amat....


p/s: Mungkin hadith yang dijumpai itu adalah palsu dan tidak diketahui kebenarannya atau ada orang hendak                  
mereka-reka cerita....

Kenapa Nokia?

Harini rasa macam nak buat entri lepas geram iaitu entri yang mengutuk blog2  lain. Tapi dua tiga kali fikir tak jadi sebab takut hati blogger2 lain terluka. Eleh...macam la blog aku ni cantik sangat nak kutuk blog orang. Ok, back to the topic Kenapa Nokia??? Kenapa tidak Samsung??? Atau Sony??? Itulah kalau bab pemilihan handphone.... Aku ni sememangnya pengguna tegar jenama nokia. Sepanjang hidup aku, aku dah guna dua model handphone Nokia iaitu:

1. 2690


2. Nokia 306 (Asha)

(Yang ni latest model yang aku pakai)

Orang mesti tanya "Kenapa pakai Nokia??? Sekarang ni kan musim orang pakai Samsung???". Ya!!! Sebab musim orang pakai Samsung lah aku pakai Nokia. Sekarang ni dah berlambak henfon Samsung orang pakai(Sorry la kpd yg pakai Samsung tu). Jadi aku pilih Nokia lah...

"Aik??? takkan sebab tu je???". Suara-suara sumbang bertanya lagi. Banyak lagi sebab aku pakai Nokia. Yang aku paling suka Nokia ni dia memang pakar bab speaker... Tak taulah...setiap henfon Nokia ni mesti dia punye speaker best. Dan yang Paling penting~....Nokia ni dia tahan lasak. Maksud aku dia lebih tahan daripada henfon lain. Setakat dua kali terjatuh tu....eleh standard je Nokia.....Pengalaman aku sendiri henfon melayan masa aku naik buaian(dah besar pun main buaian lagi). Aku hayun laju-laju tiba-tiba ada bunyi benda jatuh. Rupa-rupanya henfon aku dah jauh terpelanting ke depan (lebih kurang 10 langkah kedepan) arghh.... lan**u. Entah macam mana boleh keluar dari poket seluar aku. Aku pun apa lagi... terus berlari cuba memberi bantuan kecemasan kepada henfon aku. Nasib baik hanya ter"off" dan ada sedikit kesan calar je. Aku pun pernah jugak baling-baling henfon aku kononnya nak buat eksperimen tahap kelasakan. And last but not least........ Aku benci kualiti imej kamera nokia sebab dia tak berapa pakar bab kamera ni. Kalau yang pakar bab ialah sony ericsson, tapi tak tahan lasak. Setakat tu dulu lah.... malas dah nak perah otak nak fikir banyak-banyak.... GTG now......

Saturday 22 December 2012

Siapa Maria Elena?


Siapa Maria Elena ni? Mungkin ramai tahu siapa dia. Pada mulanya aku sendiri pun tak tahu siapa Maria Elena ni. Aku mula kenal dia lepas aku tengok rancangan Safiyya di TV9. Aku pun try la pergi youtube dan taip nama Maria Elena dan terjumpa lah video-video dia. Masa tu aku belum tau lagi apa benda  vlogger ni. Lepas je aku kenal Kak Maria je aku tau lah apa bendanya vlogger ni. Bukan setakat kak Maria je, aku pun mula kenal Mat Luthfi dan juga Anwar Hadi. Maria Elena ada dia punye blog sendiri. Memang best lah baca dia punya blog walaupun blog dia simple.....memang simple...simple giler..... Maria Elena ni jugak seorang gang Hijabsters jugak lah....bertudung ayu gitu....Dan disini aku letak beberapa Vlogger yang aku suka....tengok  video kat bawah!!

1.Maria Elena

Yang ni aku tengok pun gelak habis..... Untuk girls kat luar sana maria elena pun ada hijab tutorial tau...kalau nak tahu klik sini .
2. MatLuthfi

Bagaimana Cara Tukar Nama Facebook Yang Dah Limit

Di Ambil Dari Blog HotMasaKini


   Isikan Nama Korang
   First Name: Joyah
   Middle Name: Tinggalkan
   Last Name: Comey

2.Pastu dia akan tanya pulak reason kenapa nak tukar nama... Kalau malas isi kosongkan...kalau nak isi pon        takpe.....

3. Upload gambar profile pic korang

4. Tekan send

Perubahan nama akan berlaku dalam masa sehari/dua hari

It's Raining

Hari ni takde apa2 pun yang nak dibebelkan.... disebabkan oleh bosan terperap dalam rumah  sebab hujan, keluar la kejap gi snap gambar hujan.....







Masa snap gambar tu handphone pulak terjatuh dri tangan (jatuh dekat kaki tu). Nasib baik jatuh tempat takde air sebelah je ngan tempat air bertakung kalau tak mau nangis air mata darah aku....

Friday 21 December 2012

Panas Lagi Bengang

Harini kekeringan idea nak tulis entri....so, gi la godek-godek blog cik mimiey. Dok tengah usha tetiba terjumpa pulak satu entri cik mimiey yg panas lgi bengang..... kalau rakyat Malaysia baca memang bengang lah sebab kena kutuk.



Hoi??? dah takde keje ke nak kutuk orang ni???? Buat panas betul minah ni sekor....Ingat orang Indonesia yg datang keje kat Malaysia ni semuanya putih dan cantik ke???HAH???
Malaysia itu babi dan indonesia itu khinzir ke???

Tak puas dia kutuk Malaysia dia kutuk pulak Palestine....cari penyakit betul minah ni....

Thursday 20 December 2012

Bakal Jadi Filem Komedi



Korang semua pernah dengar kan pasal movie 2012 kan? Sebuah filem yang mengisahkan tentang kiamat dimana usia bumi berakhir dan siap bertarikh  lagi iaitu 21/12/2012. Filem ni memang bagus sebenarnya tapi ....kiamat 21/12/2012???? Iaitu harini???? kepada korang semua yang beragama islam tak payah dok percaya benda mengarut ni semua. Saja je nak menakutkan orang islam........kalau nak cerita pasal bumi kiamat pun tak payah la sampai nak bertarikh bagai.... buat la tajuk End Of The World ke, apa ke....

(Roland Emerich, pengarah filem 2012)

Dan sempena hari yang dikatakan hari kiamat oleh Pengarah filem 2012, aku agak esok dia akan hentaman yang hebat oleh manusia-manusia yang percaya hari ni kiamat dan juga akan ditertawakan oleh mereka-mereka...hahaha.....
Dan harini masih lagi hari yang indah seperti hari-hari  yang biasa....
(sebenarnya saja nk test camera henfon baru...2megapix je cantik jgk gambar)

1ST SEGMEN: TAMBAH FOLLOWER BY CIK MIMIEY


Salam semua, hari ni aku ada sertai satu segmen lagi untuk upkan follower. Segmen ni diadakan kali pertama oleh cik mimey kita sejak dia blogging. Kepada sesapa yang nak join tekan banner yang cute kat atas tu. Harap korang semua beri kerjasama....

 Mangsa yang ditag: Maryam Jamadi

Wednesday 19 December 2012

Oh Blogger!

Sejak jadi blogger yang tak berapa nak berjaya ni, 24 jam setiap hari dok fikir nak tulis entri apa. Tulisan aku buat besar sikit supaya nampak panjang...hahahaha.... senang citer. Tak payah la aku nak fikir banyak-banyak. Kadang-kadang sampai buat dua entri dalam satu masa. Satu entri untuk post hari dan lagi satu entri untuk post esok....senang sikit.. Dan hari seterusnya datang dan perkara yang sama akan berlaku lagi.

Aku ni selaku blogger yang baru ni bukannya pandai sangat nak tulis entri yang panjang lebar dan ayat yang berbunga-bunga. Blog aku ni tak de la meletop sangat tapi hari-hari runsing dok fikir pasal blog aku. Sepanjang aku mula berblogging dari 9hb hingga hari ni aku hanya mampu menaip sebanyak 12 entri(termasuk yang ni). Pening sangat dok fikir pasal entri.


Dan.............semalam...........result PMR aku dah dapat dan cuba korang agak la aku dapat berapa. Sungguh mengejutkan dan sungguh  menakutkan. dengan angka 5 dan angka 3 korang agak la berapa yang aku dapat. 

Tuesday 18 December 2012

Boikot Boikot Boikot!!!




Semua orang tahukan Israel ni sejenis binatang yang kejam?? Kita sebagai manusia yang bertanggungjawab perlulah melakukan tugas kita dengan boikot barangan Israel. Kalau nak citer pasal barangan Israel ni memang banyaklah. Jadi, kita boikot je la apa yang kita mampu....





Sunday 16 December 2012

Blogwalking Yang Menyampah Sampah



Blogwalking ni sememangnya satu keperluan kepada blogger-blogger terutamanya blogger baru macam 

aku ni untuk upkan traffic dan follower. Kadang-kadang Blogwalking ni pulak membuatkan aku makin 

menyampah. Menyampah kenapa?? Menyampah kerana takde shoutbox. Shoutbox ni bagi aku satu 

kewajipan untuk blogwalking untuk orang tinggalkan link dan nak bagitahu yang dia dah follow kita. 

Kepada korang yang belum ada lagi shoutbox tu sila-sila lah letak.


Muzik???? Ni lagilah satu hal. Aku tak suka sangat kalau blogwalking ke blog-blog yang pasang bunyi-

bunyian. Hello??? Orang pergi blogwalking tu nak baca entri bukannya nak dengar lagu....niat sebenar 

blogger pasang lagu tu kononnya nak menghiburkan visitor. Tapi yang sebenarnya bunyi tu lagi 

mengganggu konsentrasi orang nak baca entri, tau tak??? So, No music k, in da blog. Merujuk kepada 

perkara-perkara diatas, saya memohon kepada blogger untuk melakukan sedemikian.

Thursday 13 December 2012

Kenapa Aku Tak Guna Wordpress??


Kalau nak dibandingkan dengan blogspot, wordpress jauh lebih kemas daripada blogspot. Tapi Kalau 

guna wordpress ni pening la. Dahla aku ni baru dalam dunia blogging ni. Haritu nak letak shoutbox 

kat blog(masa guna wordpress) tapi tak jumpa pulak kat mana. Try la search kat google tutorial nak 

letak shoutbox kat wordpress. Tapi tak boleh jugak. Last2 bertukar kepada blogspot. Blogspot jauh 

lebih senang jika kita nak bandingkan dengan wordpress.
Last2 guna jugak blogspot dimana cara penggunaannya jauh lebih senang. Jadi saya nak nasihatkan kepada 

sesiapa yang ingin membuka blog guna jelah blogspot. Kalau berdegil jugak nak guna wordpress, aku jamin 

korang akan  pening.




Nama-nama Yang Sering Diganggu Jin

Tadi ada terbaca dekat wall facebook tentang benda ni. Benda ni sememangnya dah diakui sendiri oleh pengamal perubatan islam iaitu Ustaz Sharhan Shafie di dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Beliau mengatakan berdasarkan pemerhatian beliau, nama yang sering diganggu jin ialah nama-nama berikut:

1.Balqis

2.Qistina

3.Najwa

4.Zaquan/Zakuan

5.Batrisya

6.Erisya

Jadi, persoalan yang timbul adalah apa yang kita perlu buat jika kita meletakkan nama-nama berikut? Ustaz Sharhan Syafie mengatakan tidak perlu untuk menukar nama dan cukup sahaja dengan menukar nama panggilan mereka contoh: Nur Najwa kita panggil Nur atau Nur Najwa ni anak sulung kita panggil la Along. Selain daripada gangguan jin, nama-nama tersebut juga boleh menimbulkan penyakit-penyakit misteri kepada anak-anak.

Untuk penjelasan lanjut tengok sini:


Wednesday 12 December 2012

Segmen Pencarian Blogger Baru

Assalamualaikum...






Tekan banner kepada sesiapa yang mempunya follower kurang dari 1000 dan kebawah.

Jumlah Follower Sekarang : 3

Oh Netbook 1Malaysia



Korang pernah dengar kan pasal netbook 1Malaysia kan? Mesti lah pernah. Budak-budak zaman

sekarang  umur 12 tahun pun dah dapat  netbook. Untung ler budak-budak zaman sekarang.

Kalau orang dulu-dulu masuk universiti baru beli laptop…tu pun guna duit biasiswa. Aku ni bukannya 

nak membebel ke apa, cuma nak pesan je kepada korang semua yang dapat netbook percuma tu.

Dah ada netbook tu guna la elok-elok. Jangan buat benda2 pelik or apa-apa je yang ngarut. Jaga

netbook elok-elok. Sebab netbook ni sensitive, mudah rosak. Yang tak dapat tu tak payah la marah-

marah. Dah bukan rezeki kita nak buat  macam mana kan? Ni nak cerite ni, ada satu kes Netbook

1Malaysia ni dia tengah syok main game tiba-tiba netbook meletup….boom(tak tahu plak meletup

macam mana) Dia menggelabah terus pergi tutup plak. Benda ni berlaku kat kawan aku sendiri tau.

Tak tahu la macam mana boleh meletup tu. Mungkin dia main netbook atas katil kot.

Netbook/laptop kalau letak atas benda yang empuk macam tilam, bantal dia boleh menyebabkan 

netbook/laptop panas kerana udara panas tak dapat keluar. So just nak pesan kepada korang yang

ada netbook tu jaga la elok-elok sebab barang percuma hargai jela. Kalau nak harap beli sendiri tak

mampu.


Sunday 9 December 2012

Faktor - Faktor Jerawat Tumbuh


Jerawat selalunya menyerang golongan remaja. Tak terlepas juga orang dewasa. Masalah jerawat berlaku seawal peringkat remaja iaitu lingkungan 12 - 16. Jerawat yang tumbuh pada usia sekitar ini dipanggil sebagai acne vulgaris. Ia sering dikaitkan dengan ketidak stabilan hormon, keturunan, pemakanan, persekitaran, psikologi, pra-haid dan jangkitan bakteria. Malah saya sendiri pun mengalami masalah jerawat.

Oleh itu apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan daripada jerawat tumbuh?

1. Amalkan mencuci muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi (selepas bangun tidur) dan pada waktu malam (sebelum tidur). Pada masa2 yang lain, cukup hanya sekadar membilas muka dengan air bersih.

2. Elakkan daripada menggunakan pelembab atau alatan kosmetik yang berasaskan minyak.

3. Amalkan cara pemakanan yang seimbang. Minum lapan gelas air masak sehari dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Sentiasa bersenam supaya berpeluh dan dapatkan rehat secukupnya.

5. Jangan sentuh, picit, atau pecahkan jerawat kerana ia boleh meninggalkan parut yang mendalam( yang ni memang tak boleh tahan).

6. Berhenti daripada menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat jika keadaan muka bertambah teruk.

7. Jika masalah jerawat anda bertambah kronik, rujuk kepada pakar kulit atau hospital berdekatan.

Maharaja Lawak Mega 2012 Kurang Syok


Jika kita cuba bandingkan dengan Maharaja Lawak Mega tahun lepas, yang tahun lepas lagi syok jika kita bandingkan nak bandingkan dengan yg tahun ni. Hanya beberapa kumpulan sahaja yang boleh dikatakan Super Lawak. Yang lain tu cuma menyemak je...

(Kumpulan Jozan)
Yang boleh dikatakan lawak yang dibuat menjadi ialah kumpulan Jozan, Shiro, dan Jambu. Tu je yang boleh dikatakan best. Kalau bukak je MLM mesti aku tunggu tiga kumpulan ni. Yang lain tu buat menyemak je. Yang paling semak sekali ialah kumpulan Bandung Joker. Patut terkeluar je Bandung Joker semalam. Kalau Saywho tu boleh la tahan lagi lawak yang dia buat. Dan minggu keempat(semalam) ada penyingkiran yang dibuat. Di sini aku senaraikan beberapa kumpulan yang terkeluar.
1. Dadidu

2. Balas (memang patut terkeluar pun)

3. Pimai

Mintak-mintak show minggu kelima minggu depan lebih gempak dari minggu yang sebelumnya...

10 Blogger Cantik Malaysia


Tadi dok belek-belek blog tiba-tiba terfikir plak nak buat tajuk entri pasal blogger cantik Malaysia. 10 orang blogger cantik yang dipilih ni bukan hasil daripada undian tetapi dari hasil pengamatan diri saya sendiri.
   
1.Irine Nadia Marcello [http://irinenadia.blogspot.com/]
Irine Nadia Marcello












9. Bella Dela Rosa [http://weirdbella.blogspot.com/]
]


Semuanya gorgeous kan??r....respect....









Periksa Label Makanan Boleh Kurus????


Ramai pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25, 000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu  juga, tabiat memeriksa label mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
"Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutirsi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
"Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan," ujarnya.
Sumber: Kosmo