Thursday 21 November 2013

Siapa Yang Salah?

Assalamualaikum

Alkisah, pagi tadi aku pegi turun beli  nasi lemak. Bukan kerana aku sendiri yang nakkan nasi lemak tu, tapi atas perintah orang lain jadi aku beli je lah... Kalau ada orang lain tolong beli pon apa salah, boleh aku tolong makan sekali.

Masa nak keluar rumah tu kakak aku pun bagi aku duit RM5. Aku ambik jelah...dia hulur lagi singgit kalau nak beli apa-apa lagi kan? Aku tak ambik. Sebab aku yakin perbelanjaan aku takkan lebih daripada RM5. Jadi lebih kurang pukul 7.00a.m, aku pon kuar pegi beli nasi lemak. Pukul 7.00a.m??? Biaq betuii hang ni? Pukui 7pagi hang dah bangun? Sakitka?

Eh....sebenarnya semalam aku tak boleh tidur. Semalaman aku tak leh tido tau. Jadi bila pukul 7.00 aku diperintahkan supaya turun untuk membeli sarapan pagi(nasi lemak). Jadi, bagaikan mayat hidup aku pun keluar pegi membeli nasi lemak.
Hah!!! lebih kurang macam ni lah scenenya. Tapi takdak ujan pon...
*poyo sangat kau ni

Mata aku masa tu nampak lebam gila sebab tak cukup tido. Kalau panda tengok pon mau dia ingat aku ni spesies dia. Takpon mesti dia nangis tengok mata aku.

Sampai je kat warung nasi lemak tu, aku pon berdiri dan pandang semua benda yang ada atas meja. Makcik tu pon pandang aku macam aku ni tak pernah wujud atas muka bumi ni. Lepas beberapa ketika baru aku ditanya soklan "Adik nak apa?" Aku menjawab "Nasi lemok empak bungkus!" Terkeluar lagi loghat kelantan aku masa bercakap..malu ittew tawww...

Dia pon dengan segera membungkus nasi lemak yang dipinta oleh aku tadi. Masa ni aku rilek je tunggu dia bungkuskan nasi lemak. Lepas tu aku tanya dia "Nasi lemak ni berapa?" "Sehinggit dua posen." Jawab dua orang makcik tu serentak. Chemistry lah sangat makcik ni, jawab pon serentak. Aku yakin yang aku tak salah dengar harga yang dia sebut tu.

Lalu aku pon mengira dalam kepala hotak aku.. "RM1.20, 2.40, 3.60... Emmm... berapa ehh lepas 3??" Kenapakah otak aku tidak dapat menjanakuasakan nombor seterusnya?? Aku pikir lagi 3+1= berapa ehh??
Mungkin aku kena masuk tadika balik kalau perkara menjadi serius sebegini. Selepas seketika..Hah... RM4.80... Mengapakah kelembapan otak yang maksima ini berlaku di pagi buta begini?? Mungkin kesan akibat tak cukup tidur barangkali.

Jadi dengan yakinnya aku bahawa harga nasi lemak itu RM4.80 dengan berbekalkan RM5 dalam tangan aku, aku dah ready nak bayar nasi lemak tu. Sekali dia cakap nasi lemak tu RM5.20. Kalau RM5.20 maknanya sebungkus RM1.30. Terkejut aku.Alamak! Nak mintak Halal kang...nampak sangat muka aku ni tebal macam pakai mekap 10inci...Tak tau malu!!. Aku pon cakap kat dia "Kejap ehh.." . Aku tak cakap pon aku nak pegi ambik duit.

Dia pon terus cakap "Eh..takpe2, 20posen je pun." Aku bagaikan dengan senang hati Menghulurkan duit RM5.00 tersebut.
Huehuehuehue...

Jimat duit 20sen. Tapi bila dipikirkan balik, sapa yang salah sebenarnya?? Adakah pengiraan aku yang salah, harga yang dia bagitahu tu salah, atau pengiraan dia yang salah??

Anyway, nasi lemak dia sedap tau... manis-manis dan pedas-pedas gitu...
Dengan ini, dakwaan makcik penjual nasi lemak ditolak dan mangsa didapati tidak bersalah kerana dia hanya bawak duit RM5..Buwekk.. Pengaruh Law & Order lah nii...