Sunday 24 March 2013

Dulu Sabah, Kini Kedah

Assalamualaikum

Bagai nak pecah perut aku bila terbaca ada orang nak claim nak jadi raja Kedah pulak. Tapi yang kat Kedah ni bukan main tahap Maharaja Lawak lagi.


Tapi yang aku paling kesian kat dia, dorang yang fren dengan dia ni bukan main lagi menghanjing. Kesian kat "Tuanku" Wakakakaka...

Ni antara komen2 tersebut.








P/S: Kesian yang amat!!!!

Friday 22 March 2013

Lagu Yang Kelakar

Assalamualaikum

Eh??? Dah cuti sekolah...patutlah update blog. Kalau tak haram apa pon takde. Wuwuuwuuuu.....
Korang pernah dengar lagu tak?? Sudah tentu lah pernah. (That silly question! *facepalm*) Buat korang yang minat sangat dengan lagu mat saleh, pernah tak korang perasan betapa kelakar nye lagu dorang. Walaupun lagu sedeyh! Contohnya:

Adele - Set Fire To Rain


Ianya lebih pelik kalau di translatekan kepada B.M

Saya menetapkan api kepada hujan,
 menonton ia mencurah,
 kerana saya menyentuh muka anda
(Google Translate semata-mata)
Tapi kadang-kadang salah dengar pulak

I set fire to the rain,
Watch it pour, (watching porn) 18SX
As I touch your face,

Kes yang sama jugak dengan Lagu Rihanna What's My Name. Lagu yang bertanyakan soalan Oh na na, Siapa Nama Saya? Tiap kali korang dengar dia akan tanya. Rihanna nama engko ye. Tak perlu tanya lagi.
Dan ni yang paling kelakar aku baru jumpa:

Alicia Keys - Girls on fire

Thursday 14 March 2013

Tandatangan

Assalamualaikum

Teringat benda yang lama-lama pulak masa sekolah rendah dulu. Tak silap masa tu baru darjah tiga/dua. Bila first time cikgu cakap pasal tandatangan, aku terus terbayangkan benda ni...
 
instead of this...
 
How silly am I at that time. Lepas tu aku pon tanya kakak aku tandatangan tu macam mana. Dia pun tunjuk lah macam mana tandatangan. Lepas tu dia cakap setiap orang mesti ada tandatangan tau! Kepala otak aku pikir pulak "Kenapa tandatangan? Kenapa tak tandakaki ke?" Haishh...macam-macam persoalan. Biasalah masa budak-budak dulu. Tapi problemnya bila dah tau pebenda tandatangan tu aku asyik dok tukar signature pulak. Kejap macam tu kejap macam ni hingga lah mak aku bagi warning jangan tukar tandatangan. Stick to the one!

And then lastly nak ucap tahniah kepada diri sendiri dan jugak follower yg ke-333 iaitu:


Malas nak buat printscreen eh! Apatah lagi guna snipping tools. Thanks kepada follower yang sudi follow blog ni =').



Thursday 7 March 2013

Drama Yang Tak Berkesudahan

Assalamualaikum

Kalau aku tengok tajuk tu memang tak sesuai langsung dengan apa yang aku nak cerita kan. Sebenarnya lebih tepat lagi ialah bangang yang tak berkesudahan. Macam mana eh nak citer.

Sebenarnya aku minggu ni ada exam dan masih lagi ada dua paper yang tinggal iaitu add math dan bio. Tapi sambung minggu depan pulak. Jadi aku ambik peluang keemasan di hari Khamis-Sabtu untuk membuang masa dengan benda yang takdak pekdah. Alang-alang dah buang masa, buanglah dengan sepenuhnya. Eh?

Kerisauan

Tadi lepas siap exam fizik tadi terus risau. Camna tak risaunya, aku tengok soalannya pon dah macam batu bersurat entah dari planet Marikh mana ntah. Masa dok jawab paper fizik tadi bukan main lagi tengok kiri kanan, ehem.... nak fotostat yang kawan punya. Tapi tak dapat jugak sebab kawan aku pon haram apa pon tak tahu. Kesimpulannya: boleh dikatakan 80% classmate aku tak dapat jawab soalan fizik tersebut kecuali yang otaknya tahap Albert Einstein. Lepas ni kena maki lagih ngan cikgu lepas dapat result. Terpaksa lah tadah telinga pulak. Habis lah cair pulak taik telinga aku. Aduhh!!!! Hari yang sebelumnya pon macam tu jugak kertas kimia, hampir-hampir nak litar pintas otak aku dok pikir jawapan untuk soalan yang aku tak pernah study sebelum nih. Tapi walaubagaimanapun,  dorongan syaiton dan hawa nafsu tetap memberi semangat untuk tengok jawapan orang sebelah. Nampak sangat meniru!

Dari tadika hinggalah sekarang ni , satu je azam aku yang tak pernah tercapai. Tiap kali masuk tahun baru mesti azam yang sama. 

 "Belajar Bersungguh-sungguh"

 Mengaku je lah, korang pon sama..kan?kan? Ni azam yang paling susah nak capai. Rela aku capai bulan dan bintang daripada buat benda ni. Sebelum PKBS1 pon aku berazam yang sama jugak. Tapi haram apa pon takde. Nak mengharap aku pegang buku, memang taklah. Buku komik bolehlah. Sekarang ni pon azam yang tertera diatas ni pon masih ada dalam hati sebab nak periksa kertas bio dan +math minggu depan.

Harap-harap suatu keajaiban akan berlaku dimana soalan yang aku tinggal kosong akan ada jawapan yang bertulis dan semua jawapan tersebut adalah betul. Kalau yang lebih ajaib lagi tiba-tiba aku jadi orang yang paling genius di dunia.

Friday 1 March 2013

Fakta Yang Anda Harus Tahu

Assalamualaikum

1) Semut alah dengan timun.
Jadi letakkan kulit timun dijalan yang dilalui semut. Confirm semut tidak ada di rumah anda.

2) Untuk mendapatkan ais yang bersih dan juga putih.
Anda perlu memasak air terlebih dahulu sebelum dibekukan.

3) Untuk menanggalkan gula getah yang melekat pada pakaian.
Masukkan pakaian yang terkena gula getah tersebut ke dalam freezer selama 1jam. Pasti ianya senang untuk ditanggalkan.

4) Untuk memutihkan pakaian anda yang lama.
Rendamkan pakaian putih tersebut di dalam air panas yang dicampurkan dengan hirisan lemon selama 1jam.

5) Untuk pastikan cermin anda yang berkilat dan bersinar.
Lapkan cermin tersebut dengan alkohol. Alkohol tau bukannya minuman beralkohol.

6) Untuk mendapatkan rambut yang berkilat.
Campurkan satu sudu besar cuka makanan didalam air dan cuci rambut seperti biasa. Jangan campur asid sudah .

7) Pasti semasa memotong bawang kita akan mengalami pedih mata.
Untuk menggelakkannya cuba kunyah gula-gula getah (bagi yang memakai gigi palsu sila pakai polident dulu).

8) Dakwat terkena pada baju??
Lumurkan ubat gigi dan bukannya polident pada kesan dakwat tersebut, biarkan ianya kering dan cuci seperti biasa.

9) Rumah anda banyak tikus??
Taburkan serbuk lada hitam ditempat tikus bersembunyi dan laluan tikus tersebut. Confirm tiada tikus dirumah anda dan berpindah di rumah jiran anda.

Bila Dah Malas!

Assalamualaikum

Bila dah malas. Nak menaip pon malas. Tapi, semalas-malas aku pun keluar jugak entri sebijik nye khauuuu.  Terpaksalah jugak secara sukarela dan terpaksa untuk menghupdate blog yang dah berpuluh dekad tak update nih!Disebabkan oleh dah lama tak bukak blog, akhirnya aku nak menaip pon dah tak reti hinggakan alignment kiri kana pon dah x tau kat mana. Usahkan alignment, capital letter pon aku tak tahu.

Next week dah exam. Muahahaha, buku satu hapak pon tak baca lagi berserta dengan homework-homework yang diberi berbakul-bakul yang tak siap-siap lagi. Apakah ini dipanggil sebagai seorang pelajar? Oh sudah tentu tidak sama sekali. Bila malas nak study, result pon sudah tentunya akan menjadi malas. Tapi apakan daya, kalau tak belajar macam mana nak jadi golongan-golongan korporat, apatah lagi golongan-golongan kurap. 

Sejak menjadi manusia yang memegang top awards manusia pemalas ni, aktiviti aku banyak berubah dari hari Ahad sampai lah Sabtu. Di petang harinya takde keje lain jelah selain daripada tawaf keliling rumah. Dua tiga kali keliling tu dah kira dapat haji mabrur lah tu. 

(Sorry ye mr. Google, tiada niat untuk merompak atau mencederakan anda sama sekali!)

Kadang-kadang aktiviti petang aku ialah bermain kejar-kejar bersama kanak-kanak ribena a.k.a cousion(macam kusyen je aku eja). Main kejar-kejar bersama kanak-kanak! Yeay!! Sungguh menggembirakan. No need to be an adult. Tapi takde lah sampai nak ngade2 melompat-lompat macam budak umor setaun. 

Akhir sekali aku mempersembahkan pantun kepada blogger2 yang pemlas yang berbunyi(ada bunyi??) seperti berikut:

Bila dah malas;
Tulis lebih kurang bahasa tak beralas,
Tak ambil kisah bila diulas,
Komen orang katanya "no class"