Friday 1 March 2013

Fakta Yang Anda Harus Tahu

Assalamualaikum

1) Semut alah dengan timun.
Jadi letakkan kulit timun dijalan yang dilalui semut. Confirm semut tidak ada di rumah anda.

2) Untuk mendapatkan ais yang bersih dan juga putih.
Anda perlu memasak air terlebih dahulu sebelum dibekukan.

3) Untuk menanggalkan gula getah yang melekat pada pakaian.
Masukkan pakaian yang terkena gula getah tersebut ke dalam freezer selama 1jam. Pasti ianya senang untuk ditanggalkan.

4) Untuk memutihkan pakaian anda yang lama.
Rendamkan pakaian putih tersebut di dalam air panas yang dicampurkan dengan hirisan lemon selama 1jam.

5) Untuk pastikan cermin anda yang berkilat dan bersinar.
Lapkan cermin tersebut dengan alkohol. Alkohol tau bukannya minuman beralkohol.

6) Untuk mendapatkan rambut yang berkilat.
Campurkan satu sudu besar cuka makanan didalam air dan cuci rambut seperti biasa. Jangan campur asid sudah .

7) Pasti semasa memotong bawang kita akan mengalami pedih mata.
Untuk menggelakkannya cuba kunyah gula-gula getah (bagi yang memakai gigi palsu sila pakai polident dulu).

8) Dakwat terkena pada baju??
Lumurkan ubat gigi dan bukannya polident pada kesan dakwat tersebut, biarkan ianya kering dan cuci seperti biasa.

9) Rumah anda banyak tikus??
Taburkan serbuk lada hitam ditempat tikus bersembunyi dan laluan tikus tersebut. Confirm tiada tikus dirumah anda dan berpindah di rumah jiran anda.

2 comments: