Friday 1 March 2013

Bila Dah Malas!

Assalamualaikum

Bila dah malas. Nak menaip pon malas. Tapi, semalas-malas aku pun keluar jugak entri sebijik nye khauuuu.  Terpaksalah jugak secara sukarela dan terpaksa untuk menghupdate blog yang dah berpuluh dekad tak update nih!Disebabkan oleh dah lama tak bukak blog, akhirnya aku nak menaip pon dah tak reti hinggakan alignment kiri kana pon dah x tau kat mana. Usahkan alignment, capital letter pon aku tak tahu.

Next week dah exam. Muahahaha, buku satu hapak pon tak baca lagi berserta dengan homework-homework yang diberi berbakul-bakul yang tak siap-siap lagi. Apakah ini dipanggil sebagai seorang pelajar? Oh sudah tentu tidak sama sekali. Bila malas nak study, result pon sudah tentunya akan menjadi malas. Tapi apakan daya, kalau tak belajar macam mana nak jadi golongan-golongan korporat, apatah lagi golongan-golongan kurap. 

Sejak menjadi manusia yang memegang top awards manusia pemalas ni, aktiviti aku banyak berubah dari hari Ahad sampai lah Sabtu. Di petang harinya takde keje lain jelah selain daripada tawaf keliling rumah. Dua tiga kali keliling tu dah kira dapat haji mabrur lah tu. 

(Sorry ye mr. Google, tiada niat untuk merompak atau mencederakan anda sama sekali!)

Kadang-kadang aktiviti petang aku ialah bermain kejar-kejar bersama kanak-kanak ribena a.k.a cousion(macam kusyen je aku eja). Main kejar-kejar bersama kanak-kanak! Yeay!! Sungguh menggembirakan. No need to be an adult. Tapi takde lah sampai nak ngade2 melompat-lompat macam budak umor setaun. 

Akhir sekali aku mempersembahkan pantun kepada blogger2 yang pemlas yang berbunyi(ada bunyi??) seperti berikut:

Bila dah malas;
Tulis lebih kurang bahasa tak beralas,
Tak ambil kisah bila diulas,
Komen orang katanya "no class"


No comments:

Post a Comment