Assalamualaikum
Kalau aku tengok tajuk tu memang tak sesuai langsung dengan apa yang aku nak cerita kan. Sebenarnya lebih tepat lagi ialah bangang yang tak berkesudahan. Macam mana eh nak citer.
Sebenarnya aku minggu ni ada exam dan masih lagi ada dua paper yang tinggal iaitu add math dan bio. Tapi sambung minggu depan pulak. Jadi aku ambik peluang keemasan di hari Khamis-Sabtu untuk membuang masa dengan benda yang takdak pekdah. Alang-alang dah buang masa, buanglah dengan sepenuhnya. Eh?
Kerisauan
Tadi lepas siap exam fizik tadi terus risau. Camna tak risaunya, aku tengok soalannya pon dah macam batu bersurat entah dari planet Marikh mana ntah. Masa dok jawab paper fizik tadi bukan main lagi tengok kiri kanan, ehem.... nak fotostat yang kawan punya. Tapi tak dapat jugak sebab kawan aku pon haram apa pon tak tahu. Kesimpulannya: boleh dikatakan 80% classmate aku tak dapat jawab soalan fizik tersebut kecuali yang otaknya tahap Albert Einstein. Lepas ni kena maki lagih ngan cikgu lepas dapat result. Terpaksa lah tadah telinga pulak. Habis lah cair pulak taik telinga aku. Aduhh!!!! Hari yang sebelumnya pon macam tu jugak kertas kimia, hampir-hampir nak litar pintas otak aku dok pikir jawapan untuk soalan yang aku tak pernah study sebelum nih. Tapi walaubagaimanapun, dorongan syaiton dan hawa nafsu tetap memberi semangat untuk tengok jawapan orang sebelah. Nampak sangat meniru!
Dari tadika hinggalah sekarang ni , satu je azam aku yang tak pernah tercapai. Tiap kali masuk tahun baru mesti azam yang sama.
"Belajar Bersungguh-sungguh"
Harap-harap suatu keajaiban akan berlaku dimana soalan yang aku tinggal kosong akan ada jawapan yang bertulis dan semua jawapan tersebut adalah betul. Kalau yang lebih ajaib lagi tiba-tiba aku jadi orang yang paling genius di dunia.
No comments:
Post a Comment