Monday 7 January 2013

Kelebihan Aliran Sains

Assalamualaikum ^_^


Fuhhh....fuhhh...banyaknya habuk. Baru dekat seminggu tinggal blog dah bersawang sana, bersawang sini, habuk sana habuk sini. Selama seminggu ni tak ada kesempatan langsung nak update blog  disebabkan sekolah. Lepas balik sekolah selalunya tidur, malam pulak buat homework. Mana nak ada kesempatan nak update blog. Lagipun netbook 1Malaysia ku yang budush ni asyik 'hang' dan membuatkan mood aku untuk online FB dan update blog menghilang dengan begitu sahaja. Masa kat sekolah tadi pun aku dah rancang awal-awal nak tulis apa dalam blog nanti. Jadinya balik rumah terus je la aku menaip dan tak perlu lah aku nak mengadap netbook budush ni lama-lama.

Bila dok fikir-fikir balik rasa macam saintis pulak bila masuk aliran sains tingkatan empat ni. Huhuhu..mana taknya nama pun aliran sains. Cikgu-cikgu kat sekolah banyak bagi dorongan kepada pelajar kelas sains supaya rajin-rajin belajar sebab aliran sains ni susah sikit...sikit...sikit...sikit. Pelajar aliran sains, lepas SPM peluang untuk sambung pelajaran ke IPTA amat besar. Even yang paling rendah pun boleh masuk tingkatan enam. Tapi jangan la pulak korang ingat, mentang-mentang la belajar aliran sains, fail SPM pun takpe. Teringin jugak nak masuk IPTA2 awam macam kaunselor sekolah cakap haritu. Cuba korang bayangkan, lepas habis belajar di IPTA korang boleh kerja apa...mmm..bestkan?? Kalau dah masuk aliran sains ni nak jadi jurutera pun boleh, doktor, arkitek, cikgu, astronaut, even nak jadi penoreh getah & pengutip sampah pun boleh ^^. Kalau dok aliran sains dari Form 4 lagi dah kena belajar bersungguh-sungguh sebab tajuk di tingkatan 4 lagi banyak dan kesemuanya akan dibawa ke tingkatan 5. As my teachers said "korang tak boleh nak berhoneymoon". Buat, korang yang belajar di aliran lain, lain pulak cabang-cabang yang akan korang ceburi nanti. So, peace ^^....

9 comments:

  1. selamat belajar..all the best tuk spm nnt dik..

    ReplyDelete
  2. do the best. . ingt f4 bkn msanya utk honey moon, , sbaliknya kna bljr btol2,,nk hdapi spm,exm trakhir bg kmo sorg student skolh

    ReplyDelete
  3. buat yg terbaik yer dik,,,blajar2 gak,, aktt len jgn lupa

    ReplyDelete
  4. akak dulu pun science stream.. bila masuk university terus amik accountancy hehe. lari habis bidang. takpe, yang penting minat dan usaha. goodluck tau! ;)

    ReplyDelete
  5. thanks...penuh kata2 semangat yang korang semua bagi...

    ReplyDelete
  6. Gud luck yah! Yang penting science stream memang BEST!

    ReplyDelete