Wednesday 9 January 2013

Ku Tolak Pinangannya

Assalamualaikum^^

(Lagi Gambar Ihsan Dari Google)

Hai peminat setia(Bajet Hot). Semalam masa dok tengah taip sebuah entri yang mampu menarik berjuta-juta pengunjung tak kira dari timur atau barat, selatan atau utara(Bajet sungguh) iaitu sebuah entri yang bertajuk 10 Blog Kegemaran. Sememangnya masa tu otak tengah loading tengah memikirkan tentang entri baru sampaikan 'hang' otak. Tengah khusyuk tu tiba-tiba my mum meluru ke arah ku dengan kelajuan cahaya atau mungkin lebih daripada tu dan berkata "Ada orang nak cakap dengan kau!" sambil menghulurkan henfonnya yang mahal iaitu henfon Nokia yang ada lampu suluh.


Aku pun letak lah ditelinga dan cakap "Hello??". Suara seorang perempuan yang membalas. Nak tahu sape??? Rupa-rupanya Kolej Teknik & Vokasional nak meminang aku melalui henfon mak aku. Eceh....padahal aku dulu yang hantar borang meminang. Aku tergamam kejap. Lepas tu dia tanya nak terima ke tak pinangan ni??? Sebenarnya takde lah sampai dia guna perkataan 'meminang'. Tapi aku saja nak guna perkataan tu supaya korang tertanya-tanya sape yang nak meminang aku pulak ye dak???

Jadi keputusannya aku tolak dengan bulat-bulat tawaran tu. Tulah masa kawan aku sibuk isi borang haritu aku gatal nak isi jugak. Bila dah dapat tawaran tolak pulak. Ye lah...sayang pulak nak tinggal sekolah lama(padahal sayang kawan). Kalau pergi tempat baru kena cari kawan baru pulak. Jadi susah la sebab aku ni bukannya jenis friendly sangat.


Kalau tak silap aku masa isi borang secara online haritu aku pilih kursus kejuruteraan. Kursus Kejuruteraan??? Jika difikir-fikir balik buat apa. Setakat jurutera aliran sains pun boleh. Kalau dalam aliran sains yang aku duduk sekarang ni lagi banyak kerjaya yang boleh aku capai nanti daripada masuk ke kursus kejuruteraan yang sudah tentunya akan jadi jurutera je. Dan lagi satu my teacher cakap, kalau dapat jadi jurutera belum tentu lagi dapat kerja sebab sekarang ni dah banyak dah lambakkan jurutera. Kalau yang kurangnya doktor. Dapat jadi doktor atau doktor swasta sememangnya akan dapat kerja terus. Bukan kerana kekurangan doktor tapi pesakitnya pulak yang terlalu ramai.

Okay...berbalik kepada topik... Jadi kepada mereka yang belajar di aliran sains tak payah lah nak tukar ke aliran lain. Hanya merugikan diri sendiri je. Tapi, kalau tak mampu jugak nak belajar aliran sains tukar je la dengan aliran lain.

Dan last sekali nak ucap....

Happy New Day, Hour, Minute, Second(Takdak Motif)

9 comments:

  1. ingatkan betul-betul orang masuk meminangg.. hehe

    ReplyDelete
  2. Lissa LaLissa Hahaha... Sye orang lelaki...takkan la kot..

    ReplyDelete
  3. erk..bukan doktor melambak ke skrg ?
    sbb tu dikurgkan kuota yg nak jadi doktor.
    masuk teknik snang isi IPTA.
    tapi rezeki kat mana-mana je :)

    ReplyDelete
  4. UA Memang doktor belambak tapi pesakitnye lagi ramai.....

    ReplyDelete
  5. adess.. igtkan apela td.. ish3#geleng2 kpale

    ReplyDelete
  6. @Ana Syazwana Saja je nak buat readers confuse...hihihi....

    ReplyDelete
  7. haa kak bella sokong keputusan awak nak kekal je dalam aliran sains tu . btw , akak dulu pun ambik sains tulen . best apee . kan ? ^^

    ReplyDelete