(2013 terus bersinar)
Happy New Year to all my blog reader. Maaflah sebab lambat buat ucapan selamat tahun baru. Lambat sikit takpe kan daripada tak ucap langsung. Sempena tahun baru ni marilah sama-sama kita berharap semoga tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Asyik tersalah taip BATU je perkataan BARU ni...Lepas geram sikit.. Batu!!!Batu!!!Batu!!!!Batu!!!!!
Inilah entri pertamaku sempena tahun baru ni. Harini aku akan cuba tulis entri yang terbaik(Azam tahun baru). Nak update semalam tak berkesempatan jadi update hari ni lah my blog. Jadi korang yang start sekolah harini macam mana??? Ok atau Ko??? Aku start sekolah semalam sebab negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang mula bersekolah semalam. My life as a form 4 student??? Selama dua hari ni hanya sempat belajar 3 subjek je. Yelah kan awal tahun cikgu masuk kelas nak kenal pelajar dulu. Owh.. 3 subjek yang aku dah start belajar tu adalah Pendidikan Islam, Kimia dan B.I. My first Impression in Science stream??? Pertama kali belajar Kimia memang teruk. Pendidikan Islam dengan B.I tu memang takpe la sebab matapelajaran teras yang kita belajar tiap-tiap tahun. Tapi Kimia....
Kimia memang satu subjek yang aku susah nak faham. Baru belajar kimia je, belum fizik, biologi, add math lagi. Cikgu cakap je aku dah macam "apa..apa...apa??". Tambah-tambah lagi cikgu yang mengajar aku tu tak macam mengajar pun. Faham maksud aku?? Maksud aku cara dia mengajar tu macam nak dodoikan pelajar supaya pelajar tidur. Tambah-tambah lagi subjek kimia ni belajar dalam makmal. Makmal dah la sejuk, jadi pulak salah satu pendorong kepada tidur. Lepas habis waktu persekolahan semalam semua kawan aku cakap tak faham apa yang cikgu ajar tentang subjek kimia ni. Alahai! Mungkin sebab semalam aku tak berapa fokus dan mengantuk kot. Nanti hari-hari yang akan datang I'll try my best(Amboi!!Broken English!!). My blog follower pon dah nak capai 200 orang dah. Satu pencapaian yang membuatkan aku senyum seorang diri. Kepada korang semua yang sudi baca entri aku ni dan thanks kerana sudi lawat/follow my blog.
HAPPY NEW YEAR!
HAPPY NEW YEAR!
slmt thun bru. . :)
ReplyDeleteThank you... ^_^
Deletepergi tuisyen.... heheheh
ReplyDeleteselmt thun bru..haha..kimia mmg payah..tapi klo study betul2..seng je sebenrnyer..
ReplyDeleteslmt thun bru...actually blaja kimia snng je n believe yourself...:)
ReplyDelete