Thursday, 21 November 2013

Siapa Yang Salah?

Assalamualaikum

Alkisah, pagi tadi aku pegi turun beli  nasi lemak. Bukan kerana aku sendiri yang nakkan nasi lemak tu, tapi atas perintah orang lain jadi aku beli je lah... Kalau ada orang lain tolong beli pon apa salah, boleh aku tolong makan sekali.

Masa nak keluar rumah tu kakak aku pun bagi aku duit RM5. Aku ambik jelah...dia hulur lagi singgit kalau nak beli apa-apa lagi kan? Aku tak ambik. Sebab aku yakin perbelanjaan aku takkan lebih daripada RM5. Jadi lebih kurang pukul 7.00a.m, aku pon kuar pegi beli nasi lemak. Pukul 7.00a.m??? Biaq betuii hang ni? Pukui 7pagi hang dah bangun? Sakitka?

Eh....sebenarnya semalam aku tak boleh tidur. Semalaman aku tak leh tido tau. Jadi bila pukul 7.00 aku diperintahkan supaya turun untuk membeli sarapan pagi(nasi lemak). Jadi, bagaikan mayat hidup aku pun keluar pegi membeli nasi lemak.
Hah!!! lebih kurang macam ni lah scenenya. Tapi takdak ujan pon...
*poyo sangat kau ni

Mata aku masa tu nampak lebam gila sebab tak cukup tido. Kalau panda tengok pon mau dia ingat aku ni spesies dia. Takpon mesti dia nangis tengok mata aku.

Sampai je kat warung nasi lemak tu, aku pon berdiri dan pandang semua benda yang ada atas meja. Makcik tu pon pandang aku macam aku ni tak pernah wujud atas muka bumi ni. Lepas beberapa ketika baru aku ditanya soklan "Adik nak apa?" Aku menjawab "Nasi lemok empak bungkus!" Terkeluar lagi loghat kelantan aku masa bercakap..malu ittew tawww...

Dia pon dengan segera membungkus nasi lemak yang dipinta oleh aku tadi. Masa ni aku rilek je tunggu dia bungkuskan nasi lemak. Lepas tu aku tanya dia "Nasi lemak ni berapa?" "Sehinggit dua posen." Jawab dua orang makcik tu serentak. Chemistry lah sangat makcik ni, jawab pon serentak. Aku yakin yang aku tak salah dengar harga yang dia sebut tu.

Lalu aku pon mengira dalam kepala hotak aku.. "RM1.20, 2.40, 3.60... Emmm... berapa ehh lepas 3??" Kenapakah otak aku tidak dapat menjanakuasakan nombor seterusnya?? Aku pikir lagi 3+1= berapa ehh??
Mungkin aku kena masuk tadika balik kalau perkara menjadi serius sebegini. Selepas seketika..Hah... RM4.80... Mengapakah kelembapan otak yang maksima ini berlaku di pagi buta begini?? Mungkin kesan akibat tak cukup tidur barangkali.

Jadi dengan yakinnya aku bahawa harga nasi lemak itu RM4.80 dengan berbekalkan RM5 dalam tangan aku, aku dah ready nak bayar nasi lemak tu. Sekali dia cakap nasi lemak tu RM5.20. Kalau RM5.20 maknanya sebungkus RM1.30. Terkejut aku.Alamak! Nak mintak Halal kang...nampak sangat muka aku ni tebal macam pakai mekap 10inci...Tak tau malu!!. Aku pon cakap kat dia "Kejap ehh.." . Aku tak cakap pon aku nak pegi ambik duit.

Dia pon terus cakap "Eh..takpe2, 20posen je pun." Aku bagaikan dengan senang hati Menghulurkan duit RM5.00 tersebut.
Huehuehuehue...

Jimat duit 20sen. Tapi bila dipikirkan balik, sapa yang salah sebenarnya?? Adakah pengiraan aku yang salah, harga yang dia bagitahu tu salah, atau pengiraan dia yang salah??

Anyway, nasi lemak dia sedap tau... manis-manis dan pedas-pedas gitu...
Dengan ini, dakwaan makcik penjual nasi lemak ditolak dan mangsa didapati tidak bersalah kerana dia hanya bawak duit RM5..Buwekk.. Pengaruh Law & Order lah nii...

Thursday, 16 May 2013

Aku dan Smartphone

Assalamualaikum
Apa khabar??? Sihat ke??? Sakit ke??? Lantak kau lah asalkan aku sehat!!! Dah agak lama aku tak update blog. Jadi post ni sebagai nak menandakan blog ni belom mampos lagi. Jadi ceritanya, kakak aku ada beli handphone baru jenama samsung. Dia kan dapat rebat RM200 yang kerajaan bagi untuk rakyat Malaysia yang berumur antara 21-30. Dia beli Samsung Galaxy Ace Plus!!! 

Ihsan Google

Jadi bila sebut je nama samsung, mestilah perkaitannya adalah android. Pasai tulah aku letak gambar android besar gedabak tuu!! Terasa best lah pulak pakai android nih!!! Jadi aku pun kemaruk nak pakai phone yang ada android jugak. Sebelum ni aku pakai nokia je sebab aku tak tahu apa ke benda nya android ni. Apa??? Nokia & Android??? Kau bergurau dengan aku ke??? Nokia dan android tu ibarat langit dan bumi. Nokia tak boleh guna android sebab dia ada ikatan perjanjian dengan Microsoft. Perjanjian apa?? Kau jangan tanya aku!! Kalau Nokia pakai android mesti dah setanding dengan Sony dan Samsung. Cewah. Ehh...Pehal pulak boleh jauh tersasar dari cerita asal??

Sambungan...

Jadi, aku plan nak beli handphone baru. Telefon yang aku bercadang nak beli ialah:

1. Sony Xperia Tipo


2. Samsung Galaxy Y

Jadi setelah membanding kan specs diantara Samsung dan Sony (yg kat atas tu), aku buat keputusan nak beli Sony Xperia Tipo. Aku taknak beli Samsung diatas beberapa sebab diantara sebabnya ialah jenamanya yang terhasil daripada perkataan SAM+SUNG = SAMSUNG. Euwww.... buruknya nama kau!!! Tak boleh ke letak nama yang cantik sikit Star ke?? Sonic ke???(Suka hati mak bapak aku je nak kutuk company orang). Jadi aku pon pegi ke ke kedai handphone untuk beli handphone yang aku bercadang tu. Tapi, apakan daya takde stok. Huhh....putus harapan aku. Aku pon tanya tuan kedai  handphone yang bawah RM500. Dia pon kuarkan handphone:

Samsung Galaxy Ace GT-S5830i

Harga?? RM500. Tapi yang ni lebih besar daripada sony xperia tipo dan samsung galaxy y dengan skrin yang bersaiz 3.5inci. Wahh...untunglah kan handphone macam ni harganya amat murah kan??? Aku pon senyum lebar sampai ke telinga(bayangkan)!!! Fungsinya hampir sama je dengan samsung galaxy ace plus. Deal!! Aku pon beli dengan harga yang dinyatakan.

Konflik

Ceh!!! Macam novel pulak. Kalau dah henfon baru biasalah kan, mestilah install game banyak2. Lepas tu macam mana pulak aku boleh gatal pegi install tema yang aku download daripada mobile9. Handphone tu taknak on pulak dah. Jadi, Cara penyelesaiannya, Yun Nam Hair Care. Aku pegi kedai tu balik. Aku cakap handphone ni taknak on. Walaubagaimanapun, handphone tu tak dapat diperbaiki. Jadi dia menawarkan aku untuk bagi kat aku handphone model yang sama sebijik! Tapi warna putih. Handphone aku yang asal warna hitam. Oleh disebabkan dia cakap hanya ada warna putih, jadi aku menerima dengan hati yang terbuka 60cm. Tak apalah kan. Salah aku jugak sebab install benda mengarut. Nasib baik dia nyer tauke orang cina. Kalau orang Melayu memang tak dapat tukar la jawabnya.

Sunday, 14 April 2013

PSY-Gentleman

Assalamualaikum

Hey, Check out the new PSY song :)

Dan aku nak note korang jugak. Psy sebut Imma mother father gentleman bukannya motherf*cker gentleman. Aku takut korang salah dengar je.

Thursday, 11 April 2013

Fobia Camera

Assalamualaikum


  Sedar tak sedar kita dah masuk bulan April rupanya. Dan tahu apa maksudnya? Takde apa2 maksud pun sebenarnya cuma aku baru teringat nak update blog Hohoho..... Selama ni dok baca honeykoyuki je keje aku. Kau tau jelah betapa bestnya membaca carutan  coretan beliau. Tapi... bila aku pikirkan balik, ada ke sebarang makhluk yang baca blog aku ni??  Ahh...lantak lah. Ada gua kesah?

  Kembali ke pangkal jalan. Aku sendiri pon tak tahu sejak bila aku jadi macam ni. Pantang mak nenek aku kalau ada orang tak dikenali(kawan) tangkap gambau aku. Ape?? Kau ingat aku ni lembu? Rasanya lepas aku masuk sekolah menengahlah perkara misteri lagi pelik ni berlaku. Kengkawan punya pengaruh la nih kan. Bila ada orang nk amek gambar je terus dorang tutup muka. Lama-kelamaan perangai bangang ni meresap masuk kedalam badan aku bagai makhluk halus yang merasuk manusia lalu terjerit tepekik meroyan nak mampos macam orang gile. Kalau check dalam henpon aku memang haram lah kalau nak ada gambar aku. Jauh sama sekali bagai matahari dan pluto. Tak ke jauh tu?

 Pastu korang cakap "Eleh. Benda macam ni pun nk cakap kat blog". Hoi! Lantak aku lah. Blog aku ikut suka hati aku lah. Ada sangkut kat celah gigi ko ke? Tak yah nak sentimental sangat lah kan?

Kay bro!!! Gua caw luh. Next entri kita bincang sal health kayh? Insya-Allah dalam masa yang terdekat ni. Lagi sebulan? Maybe. =__= *

Sunday, 24 March 2013

Dulu Sabah, Kini Kedah

Assalamualaikum

Bagai nak pecah perut aku bila terbaca ada orang nak claim nak jadi raja Kedah pulak. Tapi yang kat Kedah ni bukan main tahap Maharaja Lawak lagi.


Tapi yang aku paling kesian kat dia, dorang yang fren dengan dia ni bukan main lagi menghanjing. Kesian kat "Tuanku" Wakakakaka...

Ni antara komen2 tersebut.








P/S: Kesian yang amat!!!!

Friday, 22 March 2013

Lagu Yang Kelakar

Assalamualaikum

Eh??? Dah cuti sekolah...patutlah update blog. Kalau tak haram apa pon takde. Wuwuuwuuuu.....
Korang pernah dengar lagu tak?? Sudah tentu lah pernah. (That silly question! *facepalm*) Buat korang yang minat sangat dengan lagu mat saleh, pernah tak korang perasan betapa kelakar nye lagu dorang. Walaupun lagu sedeyh! Contohnya:

Adele - Set Fire To Rain


Ianya lebih pelik kalau di translatekan kepada B.M

Saya menetapkan api kepada hujan,
 menonton ia mencurah,
 kerana saya menyentuh muka anda
(Google Translate semata-mata)
Tapi kadang-kadang salah dengar pulak

I set fire to the rain,
Watch it pour, (watching porn) 18SX
As I touch your face,

Kes yang sama jugak dengan Lagu Rihanna What's My Name. Lagu yang bertanyakan soalan Oh na na, Siapa Nama Saya? Tiap kali korang dengar dia akan tanya. Rihanna nama engko ye. Tak perlu tanya lagi.
Dan ni yang paling kelakar aku baru jumpa:

Alicia Keys - Girls on fire

Thursday, 14 March 2013

Tandatangan

Assalamualaikum

Teringat benda yang lama-lama pulak masa sekolah rendah dulu. Tak silap masa tu baru darjah tiga/dua. Bila first time cikgu cakap pasal tandatangan, aku terus terbayangkan benda ni...
 
instead of this...
 
How silly am I at that time. Lepas tu aku pon tanya kakak aku tandatangan tu macam mana. Dia pun tunjuk lah macam mana tandatangan. Lepas tu dia cakap setiap orang mesti ada tandatangan tau! Kepala otak aku pikir pulak "Kenapa tandatangan? Kenapa tak tandakaki ke?" Haishh...macam-macam persoalan. Biasalah masa budak-budak dulu. Tapi problemnya bila dah tau pebenda tandatangan tu aku asyik dok tukar signature pulak. Kejap macam tu kejap macam ni hingga lah mak aku bagi warning jangan tukar tandatangan. Stick to the one!

And then lastly nak ucap tahniah kepada diri sendiri dan jugak follower yg ke-333 iaitu:


Malas nak buat printscreen eh! Apatah lagi guna snipping tools. Thanks kepada follower yang sudi follow blog ni =').