Thursday, 21 February 2013

Artis Korea Masuk Islam

Assalamualaikum
Selalunya aku ni kalau bab update blog ni memang cukup malas. Tetapi entah kenapa pulak harini tangan rasa ringan semacam pulak nak update blog. Kebetulan pulak ada benda yang nak diceritakan. Kali ni pasal artis K-Pop masuk islam pulak dan telah pun berhijab. Sumber berasal dari facebook. Dorang ni memang terkenal lah. Kalau sebut je mesti korang kenal. Jom kita usha gambarnya.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cantik tak? Hehehe... ini hanyalah gurauan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Janganlah marah pulak ye.Hidup ni kadang-kadang kena lah bergurau-senda sekali sekala. Tak nak kena selalu serious kot.  Gambar ni entah sape yang edit. Aku hanya mencurinya di dalam facebook dan meletakkannya di dalam blog aku muahaha. FYI, aku bukannya anti k-pop dan aku bukannya nak melukakan hati peminat k-pop. So take a note KAY!!!! Kalau tengok kat gambar atas GD ngan TOP yang paling cantik. Harap-harap takde yang salah faham dan kata yang Bigbang dah masuk islam dan tukar jantina. 

Monday, 18 February 2013

Amah Dera Bayi

Assalamualaikum

Oleh disebabkan tak nak blog aku sunyi sepi tanpa sebarang entri baru, akhirnya terpaksa jugak aku update blog. Isu ni masih baru lagi dan masih hangat di pasaran. Jadi sebagai seorang blogger yang tak berapa dikenali dan pemalas, aku mengambil kesempatan ini untuk meng"update" blog ni. Amah ni berasal dari negara Indonesia dan baru sehari berkhidmat. Dia ni didapati melambung bayi tersebut di ruang tamu rumah sampai terjatuh baby tuh. Ayah bayi tu dapat tau lepas tengok rakaman CCTV yang di pasang di rumahnya. Kesian kat baby tu tau!! 


Aku rasa dia ni dah tak berapa nak waras. Sebab tu sanggup Pendapat korang macam mana??  Apa hukuman yang sesuai untuk amah ni??  Sila nyatakan di bahagian komen dan mestilah melebihi 5436 patah perkataan. Opppp....gurau je. 1 Patah perkataan pun dah takpe!! Jadi, pengajarannya ialah kita kena berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. 

|Entri Seterusnya Dlm Beberapa Mnggu yg Akan Datang|

Tuesday, 12 February 2013

Running Man Sempena Cuti

Assalamualaikum


Mesti ramai antara korang suka tengok Running Man kan??? Bersempena cuti ni, marilah kita sama-sama menonton Running Man ini...hahaha.... Dah cuti, tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak buat apa padahal homework berbakul lagi. Hari-hari cuti aku dipenuhi dengan menonton running man episod yang sama berulang kali. Alahai aku, dah berapa minggu tak update blog tiba-tiba keluar pulak entri merapu macam ni. Bila dah tengok Running Man maka bergelak ketawa lah aku  seorang diri macam orang gila berserta air liur aku bersembur-sembur. Sempena cuti-cuti ni tak lepas jugak nak pergi rumah orang kenduri. Hihihi.... Tujuan???? Nak makan free....Hohohoho. Bukannya nak tengok pengantin pon!!! What a shameless human. End Of Entri...... To Be Continue. Dah takde Idea lah pulak!!! tadi masa nak mula menaip punya lah banyak  idea mengalir keluar dari kepala sampaikan melimpah ruah...!!! Lain kali lah pulak ye update blog ni.

Monday, 28 January 2013

Fakta: 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tak dapat online dan update blog, akhirnya dapat jugak menikmati internet. Harini kita akan mempelajari sesuatu yang baru ye tentang bangunan tertinggi di dunia.

1. Burj Khalifa
Terletak di Dubai, United Arab Emirates(UAE)
Berketinggian 828m dan mempunyai sebanyak 163 aras.

2. Menara Abraj Al Bait
Terletak di Arab Saudi
Berketinggian 601m dan mempunyai 95 aras 
Siap dibina pada 2011

3. Taipei 101
Terletak di Taiwan
Berketinggian 509m dan mempunyai sebanyak 101 aras

4. Shanghai World Financial Center
Menara SWFC terletak di Shanghai, China. Negara ini sememangnya mempunyai bangunan yang tinggi
Berketinggian 492m dan mempunyai 101 aras 

5. International Commerce Centre
Terletak di Hong Kong, China. Tengok!! China lagih
Tinggi 484m dan mempunyai sebanyak 108 aras

6.  Menara Berkembar Petronas
Terletak di Malaysia dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
Berketinggian 452 dan mempunyai sebanyak 88 aras

7. Nanjing Greenland Financial Centre
*Blur sikit
Terletak di nanjing China
Berketinggian 450 dan mempunyai sebanyak 89 aras

8. Willis Tower
Terletak di Amerika Syarikat(Sekutu Israel!!! Puii!!)
Berketinggian 442m dan mempunyai sebanyak 108 aras

9. Kingkey 100
Terletak di Shenzen, China
Berketinggian 442m dan mempunyai sebanyak 98 aras

10. Guangzhou West Tower
Terletak di Guangzhou China
Berketinggian 438 dan mempunyai sebanyak 103 aras

Sumber: Wikipedia

Mmmmm, Burj Khalifa paling tinggi....

Monday, 21 January 2013

Korea Have Gangnam, How About Malaysia?

It's not to late right for me to update about this???? Daaa.... I don't care even I'm not up to date. Let's talk about this! The question is, as a Malaysian what do we have???? Lately Gangnam Style become a  crowd into a frenzy. So, how about Malaysia.....??? Don't worry!! We have Oppa Listen Style!!!! Hey.... Miss Bawani..Op..Op..Oppa Listen Style.  Let's make it a crowd into a frenzy. Yeah!!!! Watch the video to find out more.


P/S: Thanks to google translate... :')

Thursday, 17 January 2013

Tie Up Your Necktie



Assalamualaikum

Okay!!! Straight to the point. Sebenarnya ramai orang yang tak tahu cara-cara nak ikat tali leher. Tali leher ni kebiasaanya orang lelaki yang pakai dengan baju kemeja. So, nak pakai tu kena lah tahu cara-cara nak ikat. Perempuan pun perlu ambik tahu jugak, manalah tahu suatu hari nanti dapat suami yang kerja dekat opis. Boleh la tolong ikatkan. Seriously, aku pun sebenarnya tak tahu jugak macam mana nak ikat necktie ni. Dari darjah 1 sampai lah tingkatan 4 sekarang ni, tak pernah pun cikgu buat demonstrasi macam mana nak ikat tali leher. First time I wear the neck tie is when I am in form 1. Mula-mula tu tak tahu macam mana nak ikat sampai kelam kabut pegi rumah sepupu suruh dia ikatkan. Nak ikat necktie ni sebenarnya banyak cara. Sememangnya banyak cara....


 Aku sendiri pun kalau nak ikat tali leher pun sampai berpuluh-puluh minit...sekali buat tak jadi...dua kali buat pun tak jadi, lastly yang keseribu kali baru lah menjadi.

Kalau sekali buat tak jadi.... maknanya korang perlu buat balik.... Ikat je lah macam mana pun sebab lama-lama dia akan jadi jugak. Korang hanya perlu ulang beberapa kali step yang sama je... tu je lah...


Monday, 14 January 2013

Trip To Terengganu

Assalamualaikum

Baru berapa hari tak bukak blog dah pun rindu. Balik je sekolah terus bukak internet instead of buat homework huhuhu. Huishhhh...... Haritu my school buat rombongan ke Terengganu selama.....beberapa jam. Ye lah, Kelantan ngan Terengganu dekat je. Haritu maksudnya tahun lepas. Bendanya tahun lepas tapi baru nak letak dalam blog hari ni. Teruk betul aku ni.Gambar yang aku letak ni dah berkulat la sebab dah lama T_T...

Tapi best gak la pergi ngan rombongan sekolah ni sebab ramai kawan. Tempat yang aku pergi haritu ialah Planetarium, Masjid Kristal, Muzium ngan Pasar Payang. So, tanpa membebel lagi check this out.




















Yang ni gambar ambik kat Pasar Payang. Kat sebelah Pasar Payang ada sungai besar. Gambar semuanya ambik kat Pasar Payang.... Tak berkesempatan nak ambik gambar tempat laen...









































Masa pusing-pusing kat pasar payang tu jumpa plak keris ni... So apa lagi, beli!!! Harga RM25.00
Saya punya yang kat tengah tu. Tiga lagi tu my friends nye. Perasan tak keychain berbentuk keris tu? Ni kira kenangan 2012 la ni bersama friends...huhuhu.....

Harap-harap laen kali boleh melancong ke negeri/negara lain pulak....