Thursday, 10 January 2013

Ingat Pesan Orang Tua

Orang-orang tua selalu berpesan, tu la, ni la. Tapi Kadang-kadang pesanannya tu ada membawa maknanya jugak.



Macam kemas rumah. Rumah tak boleh la dibiarkan bersepah. Kalau tak nak tau apa jadi???


Ni Dia.....

 Lipan...


Ni hanya angkara kain lap kaki. Tak tahu pulak bagaimana rumah orang yang bersepah, agaknya rimau pun ada.....

Wednesday, 9 January 2013

Ku Tolak Pinangannya

Assalamualaikum^^

(Lagi Gambar Ihsan Dari Google)

Hai peminat setia(Bajet Hot). Semalam masa dok tengah taip sebuah entri yang mampu menarik berjuta-juta pengunjung tak kira dari timur atau barat, selatan atau utara(Bajet sungguh) iaitu sebuah entri yang bertajuk 10 Blog Kegemaran. Sememangnya masa tu otak tengah loading tengah memikirkan tentang entri baru sampaikan 'hang' otak. Tengah khusyuk tu tiba-tiba my mum meluru ke arah ku dengan kelajuan cahaya atau mungkin lebih daripada tu dan berkata "Ada orang nak cakap dengan kau!" sambil menghulurkan henfonnya yang mahal iaitu henfon Nokia yang ada lampu suluh.


Aku pun letak lah ditelinga dan cakap "Hello??". Suara seorang perempuan yang membalas. Nak tahu sape??? Rupa-rupanya Kolej Teknik & Vokasional nak meminang aku melalui henfon mak aku. Eceh....padahal aku dulu yang hantar borang meminang. Aku tergamam kejap. Lepas tu dia tanya nak terima ke tak pinangan ni??? Sebenarnya takde lah sampai dia guna perkataan 'meminang'. Tapi aku saja nak guna perkataan tu supaya korang tertanya-tanya sape yang nak meminang aku pulak ye dak???

Jadi keputusannya aku tolak dengan bulat-bulat tawaran tu. Tulah masa kawan aku sibuk isi borang haritu aku gatal nak isi jugak. Bila dah dapat tawaran tolak pulak. Ye lah...sayang pulak nak tinggal sekolah lama(padahal sayang kawan). Kalau pergi tempat baru kena cari kawan baru pulak. Jadi susah la sebab aku ni bukannya jenis friendly sangat.


Kalau tak silap aku masa isi borang secara online haritu aku pilih kursus kejuruteraan. Kursus Kejuruteraan??? Jika difikir-fikir balik buat apa. Setakat jurutera aliran sains pun boleh. Kalau dalam aliran sains yang aku duduk sekarang ni lagi banyak kerjaya yang boleh aku capai nanti daripada masuk ke kursus kejuruteraan yang sudah tentunya akan jadi jurutera je. Dan lagi satu my teacher cakap, kalau dapat jadi jurutera belum tentu lagi dapat kerja sebab sekarang ni dah banyak dah lambakkan jurutera. Kalau yang kurangnya doktor. Dapat jadi doktor atau doktor swasta sememangnya akan dapat kerja terus. Bukan kerana kekurangan doktor tapi pesakitnya pulak yang terlalu ramai.

Okay...berbalik kepada topik... Jadi kepada mereka yang belajar di aliran sains tak payah lah nak tukar ke aliran lain. Hanya merugikan diri sendiri je. Tapi, kalau tak mampu jugak nak belajar aliran sains tukar je la dengan aliran lain.

Dan last sekali nak ucap....

Happy New Day, Hour, Minute, Second(Takdak Motif)

Tuesday, 8 January 2013

10 Blog Kegemaran

Assalamualaikum^^

Harini terasa rajin pulak nak update blog aku ni. Lepas balik sekolah je, terus terkam kat netbook. Isi masa lapang la kononnya sampai berjam-jam dok mengadap depan netbook ni.

Tanpa membebel panjang lagi, aku teruskan dengan senarai blog yang jadi kegemaran aku. Blog kegemaran ni bermaksud blog yang selalu aku kunjungi hari-hari dan bukan bermakna blog yang menjadi blog kegemaran orang ramai ye!!!

1. Ben Ashaari

3.Fatin Liyana
 Fatin Liyana

4.Arxar Nadhirah
Arxar Nadhirah

5.Maria Elena
Maria Elena

6. Zahiril Adzim
Zahiril Adzim

7.Bella Dela Rosa
bella dela rosa

8.Azri Johan
Blog.Azri Johan

9.Hizami Rahim

10. Mohd Iyxat
Mohd Iyxat
Yang ni memang aku minat hahaha...hari2 aku bukak....

Monday, 7 January 2013

Kelebihan Aliran Sains

Assalamualaikum ^_^


Fuhhh....fuhhh...banyaknya habuk. Baru dekat seminggu tinggal blog dah bersawang sana, bersawang sini, habuk sana habuk sini. Selama seminggu ni tak ada kesempatan langsung nak update blog  disebabkan sekolah. Lepas balik sekolah selalunya tidur, malam pulak buat homework. Mana nak ada kesempatan nak update blog. Lagipun netbook 1Malaysia ku yang budush ni asyik 'hang' dan membuatkan mood aku untuk online FB dan update blog menghilang dengan begitu sahaja. Masa kat sekolah tadi pun aku dah rancang awal-awal nak tulis apa dalam blog nanti. Jadinya balik rumah terus je la aku menaip dan tak perlu lah aku nak mengadap netbook budush ni lama-lama.

Bila dok fikir-fikir balik rasa macam saintis pulak bila masuk aliran sains tingkatan empat ni. Huhuhu..mana taknya nama pun aliran sains. Cikgu-cikgu kat sekolah banyak bagi dorongan kepada pelajar kelas sains supaya rajin-rajin belajar sebab aliran sains ni susah sikit...sikit...sikit...sikit. Pelajar aliran sains, lepas SPM peluang untuk sambung pelajaran ke IPTA amat besar. Even yang paling rendah pun boleh masuk tingkatan enam. Tapi jangan la pulak korang ingat, mentang-mentang la belajar aliran sains, fail SPM pun takpe. Teringin jugak nak masuk IPTA2 awam macam kaunselor sekolah cakap haritu. Cuba korang bayangkan, lepas habis belajar di IPTA korang boleh kerja apa...mmm..bestkan?? Kalau dah masuk aliran sains ni nak jadi jurutera pun boleh, doktor, arkitek, cikgu, astronaut, even nak jadi penoreh getah & pengutip sampah pun boleh ^^. Kalau dok aliran sains dari Form 4 lagi dah kena belajar bersungguh-sungguh sebab tajuk di tingkatan 4 lagi banyak dan kesemuanya akan dibawa ke tingkatan 5. As my teachers said "korang tak boleh nak berhoneymoon". Buat, korang yang belajar di aliran lain, lain pulak cabang-cabang yang akan korang ceburi nanti. So, peace ^^....

Thursday, 3 January 2013

Smartphone Terbaik



Smartphone Terbaik

1. Samsung Galaxy SIII

2. Nokia Lumia 920

3. IPhone 5

4. Samsung Galaxy Note II

5. IPhone 4s

6. HTC one x

7. LG Optimus G

8. HTC Droid DNA

Disini juga dengan suka citanya aku senarai kan beberapa smartphone(yg aku tahu) yang murah-murah. Jadi kepada korang yang masih lagi pakai stupidphone boleh la bertukar kepada smartphone.

1. Nokia Asha 306 & 311
(306)
(311)

2. Samsung Galaxy Y

Wednesday, 2 January 2013

Segmen Up Follower Dengan Sepantas Kilat II


Segmen seterusnya yang aku Join ^_^....
Tekan Banner untuk Join!!

BELOM COBA BELOM TAW!

Tuesday, 1 January 2013

First Entry Of The Year

(2013 terus bersinar)
Happy New Year to all my blog reader. Maaflah sebab lambat buat ucapan selamat tahun baru. Lambat sikit takpe kan daripada tak ucap langsung. Sempena tahun baru ni marilah sama-sama kita berharap semoga tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Asyik tersalah taip BATU je perkataan BARU ni...Lepas geram sikit.. Batu!!!Batu!!!Batu!!!!Batu!!!!!

Inilah entri pertamaku sempena tahun baru ni. Harini aku akan cuba tulis entri yang terbaik(Azam tahun baru). Nak update semalam tak berkesempatan jadi update hari ni lah my blog. Jadi korang yang start sekolah harini macam mana??? Ok atau Ko??? Aku start sekolah semalam sebab negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang mula bersekolah semalam. My life as a form 4 student??? Selama dua hari ni hanya sempat belajar 3 subjek je. Yelah kan awal tahun cikgu masuk kelas nak kenal pelajar dulu. Owh.. 3 subjek yang aku dah start belajar tu adalah Pendidikan Islam, Kimia dan B.I. My first Impression in Science stream??? Pertama kali belajar Kimia memang teruk. Pendidikan Islam dengan B.I tu memang takpe la sebab matapelajaran teras yang kita belajar tiap-tiap tahun. Tapi Kimia....

Kimia memang satu subjek yang aku susah nak faham. Baru belajar kimia je, belum fizik, biologi, add math lagi. Cikgu cakap je aku dah macam "apa..apa...apa??". Tambah-tambah lagi cikgu yang mengajar aku tu tak macam mengajar pun. Faham maksud aku?? Maksud aku cara dia mengajar tu macam nak dodoikan pelajar supaya pelajar tidur. Tambah-tambah lagi subjek kimia ni belajar dalam makmal. Makmal dah la sejuk, jadi pulak salah satu pendorong kepada tidur. Lepas habis waktu persekolahan semalam semua kawan aku cakap tak faham apa yang cikgu ajar tentang subjek kimia ni. Alahai! Mungkin sebab semalam aku tak berapa fokus dan mengantuk kot. Nanti hari-hari yang akan datang I'll try my best(Amboi!!Broken English!!). My blog follower pon dah nak capai 200 orang dah. Satu pencapaian yang membuatkan aku senyum seorang diri. Kepada korang semua yang sudi baca entri aku ni dan thanks kerana sudi lawat/follow my blog.

HAPPY NEW YEAR!